"Terima kasih Persatuan Badminton Malaysia (BAM)." Demikian ucapan itu diungkapkan pemain profesional negara, Liew Daren, sejurus mencipta kejutan membenam pilihan ke-13 Kejohanan Badminton Dunia, Jonatan Christie, dalam aksi straight set, hari ini.
Lebih-lebih lagi, Daren hadir ke Nanjing, China, tanpa ditemani jurulatih sambil mendedahkan sebelum berentap dengan Christie -- ketika sesi memanas badan -- Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Ng Chin Chai, sempat bertanyakan adakah dia mahu seseorang menemaninya di tepi gelanggang.
Sehubungan itu, jurulatih perperseorangan wanita, Datuk Tey Seu Bock, diminta untuk memberi nasihat dan bimbingan buat Daren sebelum dia merakamkan kemenangan 21-12, 21-16 dalam tempoh 34 minit.
"Saya berterima kasih kepada BAM.
"Mereka bertanya kepada saya sama ada memerlukan pertolongan dan saya katakan bahawa jika ada, lebih bagus.
"Seu Bock banyak membantu saya.
"Lagipun, saya pernah dibimbingnya, sudah tentu kami saling mengenali," kata pemain itu.
Ia ternyata bantuan yang bermakna buat pemain profesional itu tatkala ramai pihak kurang yakin bahawa dia mampu layak ke pusingan seterusnya.
Kemenangan itu juga menebus kekecewaan Daren yang tewas kepada Christie dalam pusingan pertama Terbuka Malaysia tempoh hari.
"Dari awal lagi, ramai yang menganggap perseorangan lelaki tiada harapan berikutan ketiadaan Datuk Lee Chong Wei.
"Jadi, tiada tekanan buat saya, apatah lagi saya ingin membalas dendam terhadap kekalahan lalu," katanya lagi.