Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Ng Chin Chai, menjelaskan Malaysia bakal kehilangan Datuk Lee Chong Wei selama sebulan bagi memberi ruang buat bekas pemain perseorangan nombor satu dunia itu berehat sambil memikirkan pengganti untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan.
Chong Wei terpaksa menarik diri bukan sahaja daripada Kejohanan Badminton Dunia di Nanjing, China, Isnin ini, malah turut tidak akan menyertai kontinjen Malaysia dalam Sukan Asia Indonesia.
Ia ekoran Chong Wei menghadapi masalah pernafasan dan memerlukan rehat dan rawatan rapi sekurang-kurangnya untuk tempoh sebulan.
Chin Chai juga mengesahkan BAM telah memaklumkan perkara berkenaan kepada Institut Sukan Negara (ISN) dan Program Podium untuk tindakan susulan.
"Saya percaya ia satu situasi serius buatnya (Chong Wei).
"Kebiasaannya, pemain hanya memerlukan tempoh beberapa hari untuk pulih tetapi gagal.
"Oleh itu, saya berpesan kepadanya agar berhati-hati, dapatkan penilaian dan laporan perubatan yang tepat," kata Chin Chai.
Selain daripada tahap kesihatan Chong Wei ketika ini, BAM sedang memikirkan pengganti yang sesuai.
Bagi Kejohanan Badminton Dunia, BAM sudah pun merujuk kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dan mengesahkan tiada pemain akan dihantar untuk mengisi kekosongan tersebut manakala sempena kempen Sukan Asia, beberapa pemain yang berada dalam senarai panjang berpeluang untuk mewakili Malaysia.
"Kami akan menggantikan slot Chong Wei dalam Sukan Asia dalam tempoh beberapa hari akan datang.
"Kami sedang merujuk kepada ketua jurulatih, Datuk Misbun Sidek, sebelum mengetengahkan pengganti kuota perseorangan lelaki menerusi Majlis Olimpik Malaysia (MOM)," katanya lagi.