Pemain perseorangan badminton negara, Cheam Jun Wei, terpaksa menelan pahit kekalahan selepas tewas di tangan wakil Singapura, Loh Kean Yew, 21-19, 21-14 dalam aksi final Siri Terbuka Malaysia hari ini.
Pertemuan itu merupakan kali kedua Jun Wei berhadapan dengan Kean Yeaw selepas kali pertama bertemu ketika di pentas remaja pada tahun 2013 di mana kemenangan berpihak kepada perseorangan negara itu.
Sentimen perseteruan menjadi tarikan utama pertembungan ini kerana Kean Yew merupakan pemain kelahiran Pulau Pinang sebelum dipancing untuk mewakili Singapura.
Biarpun mendahului 19-12 dalam set pertama, Jun Wei tidak mampu menahan kebangkitan pemain Singapura itu apabila tewas 21-19 sebelum sekali lagi tumbang dalam set kedua.
"Memang saya tidak gembira kerana sudah mendahului ketika set pertama.
"Mungkin saya menjadi terlalu yakin dan akhirnya tewas," ujar Jun Wei.
Sementara itu, S. Kisona berjaya merampas gelaran perseorangan wanita apabila menewaskan pemain senior, Lee Ying Ying, 16-21, 21-15, 21-17.
Kisona mempamerkan aksi bertenaga dalam set pertama, namun gagal mencipta kemenangan.
Bagaimanapun, kemampuan mengenal pasti kepincangan dalam permainan sendiri berjaya membantu Kisona untuk memenangi set seterusnya untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.
Kebangkitan itu berterusan apabila Kisona terus mengutip mata demi mata untuk mengesahkan kemenangan 21-17 dalam set terakhir, sekaligus merampas takhta perseorangan wanita.
"Beberapa perlawanan lepas saya tidak bermain dengan baik, jadi saya amat gembira dengan kejayaan hari ini," katanya.