Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, kini berada di ranking ke-20 dunia selepas kemaskini terbaru minggu ke-39 daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF), semalam.
Pemain berusia 26 tahun itu sebelum ini menduduki kedudukan ke-22 sebelum melonjak dua anak tangga dengan mengumpul 50,011 mata.
Dalam pada itu, juara Kejohanan Dunia BWF baru-baru ini, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, turun satu anak tangga daripada ranking ketiga sebelum ini, kini berada di ranking keempat dunia dengan 88,803 mata.
Untuk rekod, mereka terpaksa akur tewas buat kali keempat daripada lima pertemuan berdepan wakil Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran, dalam final Masters China, minggu lalu.

? National mixed doubles pair Chen Tang Jie–Toh Ee Wei have withdrawn from the #KoreaOpen2025.
— BAM (@BA_Malaysia) September 22, 2025
Ee Wei is carrying a right-side core injury and will undergo further assessment upon her return in Malaysia.
Wishing her a smooth recovery ??#BadmintonMalaysia#DemiMalaysia pic.twitter.com/5ZHStfgEtU