Pemain badminton perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, menghalang hasrat pemain Jepun, Haruko Suzuki, untuk beraksi dalam final menentang rakan senegara selepas menewaskan pemain berusia 26 tahun itu 21-16, 21-17 untuk mengesahkan tempat dalam perlawanan akhir Kejohanan Terbuka Taiwan, sebentar tadi.
Jin Wei adalah satu-satunya wakil Malaysia dalam kelompok empat terbaik selepas dua lagi wakil Jepun, Natsumi Shimoda dan Saena Kawakami, berentap dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Biarpun baru berusia 17 tahun, Jin Wei tidak menunjukkan sebarang rasa gugup apabila mudah membenam cabaran Suzuki.
Suzuki yang menduduki tangga ke-92 dunia jelas tidak mampu menandingi kehebatan Jin Wei yang berada jauh di tangga ke-44 dalam ranking terkini dunia.
Jin Wei harus menunggu sehingga perlawanan di antara Shimoda dan Kawakami yang sedang berlangsung sekarang tamat untuk mengetahui lawannya dalam aksi final, esok.