Skip to main content

Badminton

Jin Wei kempunan kejuaraan sulung

goh-jin-wei-020717.jpg
Harapan wakil tunggal negara dalam Terbuka Taiwan, Goh Jin Wei, untuk meraih gelaran sulungnya pada tahun ini tidak kesampaian selepas tunduk kepada lawan dari Jepun, Saena Kawakami, dalam aksi straight set di Arena Taipei, hari ini. 

Pilihan ketiga kejohanan, Jin Wei, beraksi baik untuk mara ke final dalam dua saingan Grand Prix (GP) Emas, musim ini. 

Namun, berdepan Kawakami yang menundukkannya sebanyak dua kali sebelum ini, sedikit-sebanyak memberi impak psikologi kepada Jin Wei. 

Di ranking 59 dunia, 15 tangga lebih rendah daripada Jin Wei, Kawakami bijak menguasai gelanggang untuk memenangi set pertama 21-17. 

Dalam set kedua, juara remaja dunia 2015 itu mengekori rapat lawannya dengan pukulan smash kencang dan permainan agresif untuk memberi tekanan kepada Kawakami yang mula melakukan kesilapan mudah. 

Begitupun, pengalaman bermain dalam lima final GP sebelum ini berjaya menenangkan Kawakami yang melakukan keputusan bijak dalam situasi tertekan itu lalu mengecewakan Jin Wei untuk melakar kejuaraan dengan kemenangan 21-17. 

Ini merupakan kejuaraan GP kedua buat Kawakami selepas Terbuka Vietnam pada 2015. 

Advertisement

Must Watch Video