Skip to main content

Badminton

Jin Wei debar lalui bulan depan

jinwei27218.jpg
Pemain perseorangan wanita negara,  Goh Jin Wei, bakal menghadapi tempoh mendebarkan bulan depan apabila membuat penampilan dalam Seluruh England dan menerima keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ditanya mengenai situasi itu, Jin Wei berkata: "Saya takut kedua-duanya. Saya pun tidak boleh balik ambil keputusan itu, nasib baiklah."

Sebelum kejohanan berprestasij itu, Jin Wei akan beraksi dalam Terbuka Jerman dengan undian menawarkannya cabaran sukar dalam pusingan pertama.

Jin Wei akan memulakan kempen menentang pilihan ketujuh dari Jepun, Sayaka Sato, di Jerman dan kemudian berdepan perseorangan China, He Bingjiao, di Birmingham, England.

"Saya harap boleh bermain baik sebab tahun lalu saya cedera. Undian tahun ini memang sukar.

"Saya perlu bertemu Sayaka di Jerman dan Bingjiao dalam Seluruh England. Kedua-duanya pemain hebat. Saya pun tidak pernah bermain menentang Bingjiao, saya tidak sabar juga," katanya lagi.

Di atas dasar itu, Jin Wei berkongsi persiapan yang tertumpu kepada pemantapan fizikal sejak berakhirnya Kejohanan Badminton Berpasukan Asia, awal bulan ini. 

"Dua minggu selepas Berpasukan Asia, latihan kami sangat keras bagi persediaan ke Eropah. Banyak buat latihan fizikal," ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video