Bekas pemain nombor satu dunia, Roslin Hashim, mengakui sudah menjangkakan tiada pemain perseorangan negara yang layak ke Jelajah Dunia Akhir BWF 2025 sekalipun lima wakil beregu menunjukkan prestasi yang begitu konsisten.
Menurutnya, kem perseorangan kini berdepan masalah ketidakstabilan taktikal, kecergasan serta pengurusan tekanan berbanding pasangan beregu yang lebih mantap di pelbagai sudut.
Roslin menegaskan perubahan drastik perlu dilakukan termasuk kaedah latihan, mentaliti bertanding dan penyusunan jadual kejohanan bagi mengembalikan Malaysia sebagai kuasa perseorangan elit dunia selain menambah mengenai kemahuan untuk mencipta kejayaan juga harus tersemat dalam diri setiap pemain.
"Terpulang kepada pemain itu sendiri -- persiapan, kemahuan dan komitmennya.
"Bukan satu sahaja beregu yang pamerkan peningkatan prestasi.
"Kita juga ada wakil perseorangan. Kita tengok daripada aspek pencapaian mereka, kenapa prestasi begitu ketara?
"Selain pencapaian dan persembahan, apakah kehendak mereka sebenarnya? Ini kerjaya mereka.
"Segala kemudahan sudah cukup jadi apa lagi yang mereka nak?" katanya.