Skip to main content

Badminton

Jalani saran V Shem-Wee Kiong perbaiki ketahanan fizikal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jalani-sidek-140617.jpg
Legenda beregu negara, Datuk Seri Jalani Sidek, menegaskan Goh V Shem-Tan Wee Kiong masih gandingan berkualiti di sebalik mengalami krisis prestasi akhir-akhir ini. 

Malah, Jalani mengenal pasti satu elemen yang tertumpu kepada aspek ketahanan fizikal sebagai punca beregu lelaki itu menghadapi kemelut pada waktu ini. 

Terkini, V Shem-Wee Kiong yang terpaksa menarik diri daripada Siri Super Premier Terbuka Indonesia, masih lagi di bawah pemantauan pemulihan kecederaan menjelang Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, Ogos depan. 

"Daripada segi ketahanan fizikal, mereka agak lemah sebenarnya tetapi saya suka mereka daripada segi kombinasi.

"Disebabkan itu, saya lihat mereka begitu rapuh memberikan mata kepada pihak lawan," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video