Skip to main content

Badminton

Izzudin-Sze Fei sudah kembali -- Rexy Mainaky

izzudin-sze-fei.jpg
'Mereka sudah kembali', itu antara komen Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, mengenai kejayaan gandingan negara, Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani apabila merangkul gelaran Terbuka Amerika Syarikat.

Sze Fei-Izzudin turut berkongsi bahawa kejayaan itu disebabkan selepas perpisahan tersebut mereka kini lebih matang untuk berkomunikasi serta mengawal keadaan di dalam dan luar gelanggang.

"Sangat gembira, persafahaman kami masih lagi ada namun terdapat beberapa perkara lagi perlu diperbaiki," kata Izzuddin.

"Saya berasakan kami semakin matang, hari ini kami juara, namun esok persiapan kami akan bermula semula bagi kejohanan akan datang," kata Sze Fei.

Pada saingan Terbuka Amerika Syarikat, Izzuddin-Sze Fei selaku pilihan ketiga kejohanan berjaya menewaskan beregu Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen 21-9, 21-10 pada aksi final.

Kejayaan itu merupakan permulaan yang baik buat gandingan negara apatah lagi dengan misi melayakkan diri ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 semakin singkat.

Kemenangan Sze Fei-Izzuddin itu turut menamatkan kemarau 31 tahun Malaysia untuk mengungguli saingan beregu lelaki di Terbuka Amerika Syarikat selepas kali terakhir dimenangi Datuk Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang pada 1992.
 

Advertisement

Must Watch Video