Pemain perseorangan lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, membayangkan kemungkinan bahawa ini adalah tahun terakhirnya bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) susulan perlbagai kontroversi yang menghimpitnya.
Iskandar akur namanya digugurkan daripada Sukan Asia bulan depan dan tempatnya diambil alih oleh Soon Joo Ven.
Ia sebagai hukuman disiplin ekoran Iskandar didapati merokok ketika tugasan dengan skuad Malaysia ketika menghadapi Piala Thomas di Bangkok, Mei lalu.
Meskipun Iskandar berjanji cuba untuk bebas daripada ketagihan merokok, dia sudah boleh membayangkan nasibnya di Akademi Badminton Malaysia.
Justeru, jika menjelang hujung tahun ini dia masih tiada peningkatan, Iskandar sendiri akan mengangkat kaki daripada badan induk itu.
"Sudah semestinya ini adalah hukuman yang setimpal bagi saya. Kalau saya menjadi pengerusi C&T (Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan) yang baru pun, saya akan buat perkara sama.
"Lagipun, saya gagal memberikan prestasi baik dalam Piala Thomas. Sudah tentu perkara ini akan menjadi satu isu.
"Saya akan memberi peluang kepada diri saya tahun ini sebab tahun ini ada keputusan terbaik. Lagipun mereka menggantung saya untuk (menyertai kejohanan di) Thailand dan Singapura. Jadi, saya rasa tiada peluang untuk saya buktikan lagi buat masa ini.
"Saya akan datang ke latihan seperti biasa. Kalau ada kejohanan, saya akan buat yang terbaik," katanya lagi.