Menjelang mesyuarat ahli majlis Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Kuching esok, pelbagai spekulasi dilontarkan sambil tumpuan tertumpu kepada dua watak penting dalam organisasi teserbut, Datuk Seri Norza Zakaria dan Tan Sri Mohamed Al-Amin Abd Majid.
Antara agenda utama mesyuarat ahli majlis itu adalah menetapkan tarikh mesyuarat agung tahunan BAM, di mana pemilihan calon presiden dan barisan exco akan ditentukan.
Meskipun terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi, Al-Amin menyerahkan segala keputusan kepada ahli majlis dan perwakilan untuk mencadangkan dirinya bertanding ataupun sebaliknya.
Sebelum ini, jawatan presiden disandang Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff, namun ia dilepaskan pada 2015 atas faktor kesihatan.
"Kalau orang bertanyakan kepada saya sama ada 'gentleman's agreement' wujud atau tidak, persoalan ini akan menyebabkan benda ini akan berterusan.
"Tetapi apa yang penting, segala keputusan harus ditentukan menerusi pihak majlis," kata Al-Amin.
Seorang lagi calon kuat untuk jawatan nombor satu dalam BAM itu adalah timbalan presiden, Datuk Seri Norza Zakaria.
Norza adalah antara individu yang disebut dalam perjanjian 'gentleman' itu -- surat yang ditulis Tengku Mahaleel kepada pegawai kanan persatuan -- namun dalam masa yang sama menyerahkan kepada perwakilan untuk memutuskan siapa lebih berhak menduduki kerusi presiden.
Antara yang menyatakan sokongan penuh kepada Norza adalah ahli majlis BAM merangkap Presiden Persatuan Badminton Selangor , Datuk V. Subramaniam, yang turut menggesa agar perjanjian 'gentleman' itu dipatuhi.
"Bagi saya, perjanjian itu wujud kerana Tengku Mahaleel sendiri memaklumkan saya. Jadi, apa yang saya mahu katakan disini, hormati perjanjian itu.
"BAM perlu bergerak ke hadapan," jelasnya.