Skip to main content

Badminton

Gold Coast 2018: Wee Wern akur tidak dapat beraksi

weewern27218.jpg
Pemain skuasy wanita negara, Low Wee Wern, menerima dengan hati terbuka keputusan Institut Sukan Negara (ISN) yang tidak memberi lampu hijau kepadanya untuk beraksi dalam Sukan Komanwel Gold Coast walaupun persiapan awal telah pun dilakukan.

Wee Wern, yang sebelum ini berdepan kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) pada 2015 akur dengan keputusan itu demi kebaikannya agar tidak mengambil risiko menyertai kejohanan dalam masa terdekat.

Dia telah menjalani pembedahan lutut sebanyak tiga kali dengan kali terakhir melakukannya adalah di London pada Mac tahun lalu.

Memandangkan tiada sasaran yang diletakkan kepada pemain berusia 28 tahun itu sekiranya beraksi di pentas Komanwel, adalah lebih baik dia meneruskan proses pemulihan sehingga tahap kecergasannya benar-benar pada tahap terbaik.

Meskipun dia percaya akan kemampuan untuk beraksi, sebarang kemungkinan yang berlaku boleh terus membunuh kariernya dalam masa terdekat. 

"Saya kembali ke sesi latihan dan ke gelanggang sementara waktu ini. Ia agak baik tetapi malangnya masih belum mendapat lampu hijau daripada ISN untuk bersaing sepenuhnya.

"Jadi, saya perlu melalui tiga atau empat minggu untuk pemulihan dan melalui ujian lain," katanya.

Sehubungan itu, bekas pemain nombor dua negara itu memberi keutamaan untuk mempertahankan pingat emas acara berpasukan wanita dan perak bagi acara individu dalam Sukan Asia Jakarta pada Ogos depan.

"Sudah tentu saya kecewa tidak boleh bermain dalam Sukan Komanwel, di mana ia temasya empat tahun sekali. Dan ia akan kembali empat tahun lagi.

"Saya kecewa tetapi saya tidak sabar berusaha untuk Sukan Asia Ogos nanti," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video