Jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei, bersikap tenang untuk menghadapi Sukan Komanwel Gold Coast 2018, bermula esok hingga 15 April ini.
Skuad badminton kekal menjadi taruhan kontinjen negara dalam temasya Gold Coast 2018 bagi memenuhi sasaran minimum tujuh pingat emas.
Undian acara perseorangan lelaki menyaksikan Chong Wei menerima 'bye' dalam pusingan pertama dan bakal melakukan perhitungan pusingan kedua menentang Chongo Mulenga dari Zambia atau Benjamin Li dari Isle of Man.
"Untuk saya sepatutnya tiada sebarang masalah.
"Undian sudah dilakukan dan saya hanya mahu fokus kepada perlawanan.
"Saya lebih fokus kepada acara berpasukan dan diharap kami dapat mencapai sasaran.
"Apa yang penting, pemain-pemain fokus kepada prestasi sendiri," kata Chong Wei yang muncul juara dalam acara perseorangan lelaki pada edisi 2006 dan 2010.