Skip to main content

Badminton

Final Masters Jepun: Pearly-Thinaah beregu wanita pertama Malaysia juara, gelaran ketiga musim ini!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bd.jpg
Ini merupakan kejuaraan sulung beregu wanita negara dalam sejarah sepanjang menyertai Kejohanan Badminton Masters Jepun. 

Usai menjuarai Terbuka Arctic di Finland, menyaksikan sensasi Pearly Tan-M. Thinaah berterusan selepas mengungguli satu lagi kejohanan bertaraf super 500 di Kumamoto, Jepun. 

Untuk rekod, ini merupakan gelaran ketiga Pearly dan Thinaah musim ini dengan pencapaian mara ke final sebanyak tujuh kali.

Prestasi tahun ini juga membuatkan mereka berdua turut meraih naib juara empat kali, dan podium dalam Kejuaraan Dunia 2025.

Berbekalkan semangat selepas mengesahkan tiket ke final siri Kejohanan Badminton Dunia BWF, gandingan ranking kedua dunia itu melakukan kebangkitan memukau dalam set pertama dengan ketinggalan 0-7 kepada wakil tuan rumah. 

Rin Iwanaga-Kie Nakanishi memiliki peluang untuk mendapatkan kemenangan, namun permainan cemerlang oleh kebanggaan Malaysia itu pantas menutup set pertama dengan 20-22.

 

Memasuki set kedua, beregu wanita nombor satu negara itu sekali lagi ketinggalan 10-13, tetapi ia tidak menghalang Pearly-Thinaah untuk merapatkan jurang mata.

Dengan mendominasi pertemuan (6-2) sebelum ini, ia jelas menjadi pemangkin buat pilihan utama kejohanan itu menewaskan pihak lawan dengan persembahan memukau.

Tanpa mengheret tempoh panjang, Pearly-Thinaah enggan melakukan kesilapan mudah, sekali gus menoktahkan kejayaan dengan kemenangan set kedua 21-19. 

Pearly Tan dan M. Thinaah membawa pulang RM155,072.06. 

Advertisement

Must Watch Video