Skip to main content

Badminton

Era baru badminton kini bermula

misbun-030717.jpg
Skuad perseorangan badminton negara kini disuntik semangat baru selepas jurulatih baru, Datuk Misbun Sidek, secara rasmi melaporkan diri bagi memulakan tugas di Akademi Badminton Malaysia.

Kehadiran Misbun ke pangkuan Persatuan Badminton (BAM) diibaratkan mimpi menjadi nyata dan ketika dia menghadirkan diri diiringi Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria, harapan jelas dapat dilihat daripada jurulatih berusia 57 tahun itu.

Ditambah dengan bantuan dua jurulatih, Hendrawan serta Indra Wijaya, pastinya proses membentuk semula pasukan ini dapat dilakukan secara lebih terperinci.

"Saya tidak boleh terus melakukan sebarang perubahan secara mendadak.

"Setiap langkah akan diteliti terlebih dahulu dan itu yang penting sebelum membuat keputusan untuk pemain-pemain," kata Misbun.

Misbun juga menjelaskan semua pemain akan memperoleh peluang untuk membuktikan kebolehan dan dia berharap setiap pemain menggunakan kesempatan yang diberikan.

"Pemain-pemain muda perlu belajar bagaimana untuk menempatkan diri bersama pemain-pemain elit dan pemain elit perlu terus berusaha untuk meraih kedudukan setaraf seperti Datuk Lee Chong Wei," ujar Misbun.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video