Bekas jurulatih Melaka United, E. Elavarasan, berminat untuk mengendalikan skuad B-16 negara andai diberi peluang oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Elavarasan bersikap terbuka untuk mengendalikan skuad B-16 negara sekiranya diberi kepercayaan oleh FAM bagi menggantikan bekas pengendali skuad remaja Bayern Munich, Lim Teong Kim, yang tidak lagi memegang jawatan berkenaan.
Jurulatih berpengalaman itu menganggap ia adalah peluang yang tidak sepatutnya dilepaskan dan percaya mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik, apatah lagi kini sedang mengikuti program kejurulatihan Pro A.
"Ia merupakan satu pengalaman yang baru jika saya dapat melantik skuad B-16 negara. Berbekalkan pengalaman dalam saingan Liga Malaysia, ia boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi pasukan," katanya.
Sementara itu, Elavarasan menganggap masih belum masanya menabur bakti di kelab Liga 1 Indonesia musim ini walaupun ada mendapat tawaran dari sebuah kelab republik itu tempoh hari kerana ingin fokus kepada kursus kejurulatihan.
"Saya lebih mengutamakan peluang kejurulatihan di Malaysia. Jika dibandingkan di antara saingan Malaysia dan Indonesia, banyak masa diperlukan untuk setiap kali pasukan menghadapi perlawanan kerana jarak yang agak jauh."