Menjelang mesyuarat agung tahunan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), masih tiada kata putus pemangku presiden, Tan Sri Mohamed Al-Amin Abd Majid, mahupun timbalan presiden, Datuk Seri Norza Zakaria, yang akan tampil memegang tampuk presiden.
Seperti yang dimaklumkan ketika mesyuarat ahli majlis di Kuching 8 April lalu, BAM masih mahu mengekalkan tradisi untuk tidak mengadakan pemilihan bagi jawatan presiden.
Mandat telah diberikan kepada Al-Amin dan Norza untuk duduk semeja berbincang bagi mencapai kata putus sebelum mesyuarat agung tahunan 29 April ini, siapa yang patut menjawat jawatan presiden ataupun siapa yang patut mengundur diri.
Walau siapapun yang tampil, individu tersebut harus memikirkan hala tuju BAM yang baru tatkala prestasi kebanyakkan pemain masih lagi belum di tahap yang membanggakan.
Norza juga memaklumkan bahawa beliau sudah mengutus surat rasmi kepada presiden, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff, untuk mempengerusikan mesyuarat agung tahunan BAM nanti, namun semuanya terpulang kepada Tengku Mahaleel untuk menghadiri atau menolak jemputan tersebut.
"Kami harus berpegang kepada hakikat bahawa Tengku Mahaleel masih lagi presiden persatuan ini dan akan mempengerusikan mesyuarat agung ini," kata Norza.
Dalam pada itu, majlis menandatangani perjanjian penajaan dan penyampaian insentif Kelab Badminton Petaling Jaya (PJBC) berlangsung hari ini susulan kejayaan kelab itu menjuarai saingan Purple League (SSPL) musim 2016/2017.
Ekoran mendapat reaksi positif semua pihak, Ketua Pegawai Eksekutif Purple League, Datuk Jack Koh, membayangkan bakal melakukan beberapa penambahan terhadap kejohanan itu yang bakal memasuki edisi keempat.
"Kami akan mengadakan perbincangan untuk memperluaskan lagi saingan ini. Kami akan cuba mendapatkan beberapa kelab lain untuk menyertai saingan ini," kata Jack.
Kejayaan Petaling Jaya BC selaku juara keseluruhan Purple League hanya muncul selepas edisi ketiga. Muar BC tetap dianggap pasukan dominan apabila mengekalkan gelaran juara liga tiga musim berturut-turutd an pernah muncul juara berganda musim lalu.