Debut Trisya Rafael mewakili negara selaku perseorangan wanita pekak sangat bermakna lebih-lebih lagi di pentas antarabangsa dalam Deaflympics 2025 di Tokyo, Jepun.
Ia, dianggap memberi pendedahan terbaik, selain mencari ruang tersendiri meskipun gagal menandingi kehebatan tuan rumah, Mai Kamata.
Trisya mengakui jurang kualiti dirinya masih terlalu jauh apabila tumpas 3-21, 3-21, namun dia percaya mampu memberi persembahan terbaik menjelang edisi akan datang.
Untuk rekod, ini merupakan tahun pertama Trisya beraksi di pentas tertinggi setelah secara rasmi diserap menjalani latihan sepenuh masa bersama kontinjen pekak kebangsaan.
"Ini kali pertama saya menyertai Deaflympics.
"Saya sudah buat yang terbaik, namun pihak lawan terlalu kuat.
"Saya mengambil ini sebagai satu pengalaman untuk menuju masa hadapan.
"Ini juga satu pengajaram berguna buat saya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.