Skip to main content

Badminton

Deaflympics: Bulu tangkis 'perlahan' punca wakil negara tewas?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

teo.jpg
Perseorangan lelaki pekak kebangsaan, Edmund Teo, kurang bernasib baik apabila memulakan cabaran dengan langkah kiri dalam perlawanan pertamanya Deaflympics 2025.

Edmund Teo akur kepada wakil tuan rumah, Yasuhiro Nagaishi, dengan kekalahan rubber set 21-16, 16-21, 20-22.

Meskipun hampir memperoleh kemenangan setelah mempamerkan corak pemainan bertenaga dengan mendahului 20-13.

Mata keramat yang dinanti-nantikan tidak menemui penghujung, sebaliknya Nagaishi menggagalkan cubaan Edmund, sekali gus menghentikan perjuangan Edmund.

"Saya memang rasa sangat tercabar.




"Saya rasa boleh menang, namun saya minta maaf kerana tidak bernasib baik.

"Apa pun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong saya.

"Jika diikutkan, bulu tangkis tersebut sedikit perlahan, tetapi saya tetap mencuba yang terbaik," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari. 

Advertisement

Must Watch Video