Penularan wabak Covid-19 yang semakin meruncing menjejaskan penganjuran Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia pada 31 Mac hingga 5 April ini.
Sebelum ini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menegaskan bahawa kejohanan itu akan tetap diteruskan dengan menawarkan diskaun 15 peratus bagi setiap pembelian tiket.
Bagaimanapun, situasi terkini menyaksikan wabak berkenaan semakin sukar di bendung dan BAM hanya mempunyai dua jalan penyelesaian.
"Buat masa ini kami masih memantau keadaan semasa," kata Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria.
"Hampir setiap hari kami berhubung dengan BWF (Persekutuan Badminton Dunia), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan KBS (Kementerian Belia dan Sukan) untuk mendapatkan perkembangan terkini.
"Namun, sekiranya perkara ini sampai ke tahap kritikal, kami perlu mula memikirkan penyelesaian lain sama ada menundanya atau menganjurkannya tanpa penonton," katanya.
Walaupun kebanyakan acara sukan di seluruh dunia terpaksa dibatalkan sehingga wabak itu reda, Terbuka Malaysia hanya akan dibatalkan sekiranya terdapat arahan rasmi daripada kerajaan.
"Buat masa ini, membatalkannya bukanlah satu pilihan.
"Namun, kami juga tertakluk kepada arahan kerajaan melalui Pejabat Perdana Menteri dan KKM.
"Apa sahaja maklumat terkini akan dimaklumkan kepada pihak media," tambahnya.