Pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei, melahirkan rasa bimbang dengan prestasi beregu lelaki negara, Tan Wee Kiong-Goh V Shem, dan mengharapkan mereka mampu bangkit daripada persembahan buruk yang dilalui ketika ini.
Wee Kiong-V Shem tampak mengalami kemerosotan prestasi selepas merangkul kejuaraan final Siri Super di Dubai tahun lalu.
Selepas itu, prestasi mereka kurang meyakinkan yang menyaksikan ranking dunia mereka merosot daripada kedudukan nombor satu pada Mac ke kedudukan keenam ketika ini.
Justeru, selaku kapten pasukan dan pemain paling senior dalam skuad kebangsaan, Chong Wei berharap sesuatu mampu dilakukan untuk membantu pasangan ini.
"Sejak beberapa bulan lalu, mereka menghadapi kesukaran mencari prestasi terbaik. Saya berharap mereka akan bangkit dalam Kejohanan Dunia di Glasgow (Ogos) nanti," kata Chong Wei.
Tidak dinafikan kekalahan Wee Kiong-V Shem dalam kedua-dua perlawanan menentang Jepun di peringkat kumpulan dan suku akhir menyumbang kepada tersingkirnya Malaysia daripada kejohanan Piala Sudirman.
Sementara itu, jurulatih perseorangan negara,Tey Seu Bock, berkata pemain nombor satu negara ini masih dapat mempamerkan aksi yang konsisten di sebalik turut terpaksa memikul peranan selaku kapten pasukan.
"Chong Wei bukan setakat pemain perseorangan, dia juga merupakan kapten pasukan dan tanggungjawabnya adalah memastikan setiap pemain mampu memberikan yang terbaik," jelas Seu Bock.
Chong Wei menjadi satu-satunya pemain negara yang memenangi kesemua perlawanannya dengan straight set.
Sementara itu, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Norza Zakaria, turut terkesan serta bimbang dengan prestasi semakin merosot beregu lelaki negara serta penggantungan kepada barisan pemain senior.
"Kita dapat lihat bahawa Malaysia perlu melahirkan lebih ramai lagi pemain pelapis. Seperti dalam Piala Sudirman, kami meletakkan harapan kepada pemain-pemain senior," katanya.
Bagi Norza, BAM perlu mengambil langkah proaktif serta tegas untuk menampung terlalu bergantung kepada pemain senior dengan melahirkan lebih ramai pemain pelapis bagi mencabar kedudukan pemain yang berstatus elit dalam pasukan kebangsaan.
"Saya telah mengatakan kepada Morten Frost dan barisan jurulatih negara supaya meletakkan pemain-pemain pelapis seiring dengan pemain senior supaya persaingan sihat terus wujud di dalam pasukan."