Presiden, Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Norza Zakaria, mendedahkan Datuk Lee Chong Wei akan terus menggenggam raket selagi belum ada pengganti yang dapat mengambil alih tempatnya.
"Saya telah bercakap dengan Chong Wei bahawa selagi beliau tidak melahirkan pemain pelapis, beliau tidak boleh bersara. Ini adalah tanggungjawab yang telah pun dipersetujui beliau.
"Ini kerana agak menyedihkan sekiranya dia bersara nanti, Malaysia tidak mempunyai pengganti.
"Kami bukan mencari pengganti yang mampu menjadi legenda seperti Chong Wei, cukup sekadar mampu membarisi kelompok 10 terbaik dunia," jelas Norza.
Itu antara tanggungjawab baru yang dipersetujui kedua-dua pihak.
Norza berkata demikian dalam wawancara eksklusif penerbit Nadi Arena, Lukman Salleh, ketika di Gold Coast, Australia sewaktu berlangsungnya Piala Sudirman.
Tidak dinafikan, ia berita melegakan buat badminton dengan Chong Wei kini turut memainkan peranan secara berkesan dalam mencari pengganti beliau.
Norza turut menyentuh mengenai masalah prestasi yang membelenggu beregu wanita utama negara, Vivian Hoo dan Woon Khe Wei, katanya: "Kalau kita tengok pencapaian Vivian dan Khe Wei, mereka seperti sudah mencapai tahap yang tidak boleh diperbaiki lagi.
"Saya sudah memberitahu barisan jurulatih bahawa apa yang berlaku kepada beregu lelaki menimpa beregu wanita. Mungkin kedudukan mereka selaku beregu wanita no.1 negara akan diubah ataupun menggandingkan mereka dengan pasangan baru," kata Norza.
Norza turut memberi amaran kepada pemain-pemain yang berada dalam BAM supaya tidak menganggap tempat mereka sudah selamat.
"Saya pegang jawatan presiden kurang satu bulan tetapi saya sudah memberi amaran kepada mereka bahawa apa sahaja yang mereka lakukan, mereka memikul tanggungjawab yang besar.
"Tidak semestinya setelah mendapat insentif dan menyertai kejohanan bertaraf dunia bermakna mereka mendapat lesen untuk berada dalam keadaan yang selesa."
Selain itu, Norza turut mengakui bahawa BAM kini memerlukan pertambahan jurulatih, terutama jurulatih tempatan yang berkaliber.
"Saya setuju dengan pendapat bahawa perlunya memberi peluang kepada jurulatih tempatan. Kami juga berbangga melihat jurulatih tempatan menempa nama di luar negara," tambahnya.
Baginya, kegagalan skuad negara dalam Piala Sudirman di bawah kepimpinannya bukannya sesuatu yang mengecewakan, sebaliknya ada hikmah tersendiri.
"Kegagalan di Piala Sudirman bagi saya merupakan satu hikmah. Ia membuka mata saya bahawa banyak lagi yang harus diperbetulkan," ujarnya lagi.