Skip to main content

Badminton

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tawan Terbuka Taiwan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chen-tang-jie-toh-ee-wei.jpg
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengakhiri penantian sejak 2004 untuk beregu campuran negara mendominasi Terbuka Taiwan. 

Beregu di ranking ke-19 dunia itu mencipta sensasi dengan menundukkan wakil tuan rumah, Chiu Hsiang Chieh-Lin Xiao Min, 21-12 dan 21-9  dalam tempoh 30 minit untuk merangkul gelaran itu di Tian-Mu Arena, sebentar tadi, sekali gus mengulangi pencapaian yang pernah dikecapi Koo Kien Keat-Wong Pei Tty in.

Ia merupakan gelaran ketiga beregu muda itu tahun ini selepas memenangi Cabaran Antarabangsa Iran dan Masters Orleans. 



 

Advertisement

Must Watch Video