BADMINTON
Cabaran Antarabangsa Malaysia: Joo Ven sasar kemenangan
Tiada pilihan lain untuk pemain perseorangan lelaki negara, Soong Joo Ven, selain memenangi Kejohanan Cabaran Antarabangsa Malaysia bagi menjamin tempatnya dalam skuad kebangsaan untuk ke Piala Thomas di Bangkok, bulan depan.
Ini merupakan kejohanan terakhir untuk Joo Ven sebelum penilaian dilakukan, sama ada dia akan tersenarai ke Bangkok mahupun sebaliknya.
Apatah lagi ketika kempen kelayakan Februari lalu, prestasinya tidak memberangsangkan, sekali gus menimbulkan persoalan tentang kedudukannya dalam skuad perseorangan.
Iklan
Selain itu, dia juga cuba melupakan igauan ngeri tersingkir kepada R. Satheistaran dalam pusingan kedua Kejohanan Kebangsaan di Stadium Juara, Bukit Kiara, Mac lalu.
"Sebenarnya, saya berasakan setiap kejohanan penting buat kami. Tidak kira apa keputusan jurulatih, ia harus dihormati. Saya sentiasa cuba melakukan yang terbaik," kata Joo Ven.
Untuk pemain perseorangan wanita, Lee Ying Ying, dia mahu menjadikan kejohanan kali ini ini sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Badminton Asia di Wuhan, China bermula 24 April ini.
Selain Ying Ying, seorang lagi pemain negara yang akan mengiringinya dalam acara perseorangan wanita adalah Goh Jin Wei.
"Terdapat beberapa kejohanan besar untuk saya. Tahun lalu, saya sudah beraksi tetapi tidak meraih keputusan yang memuaskan.
"Persembahan yang baik dapat membantu dalam membina tahap keyakinan saya," ujar Ying Ying.
Must-Watch Video