Gandingan Denmark, William Boe-Christian Kjaer, menyifatkan Aaron Chia-Soh Wooi Yik sebagai antara pasangan terbaik dunia selepas tewas kepada beregu lelaki Malaysia itu dalam final Terbuka Thailand, kelmarin.
Boe-Kjaer yang kini beraksi dalam Malaysia Masters mara selepas menewaskan wakil tuan rumah, Chia Weijie-Lwi Sheng Hao, 21-9, 21-16 di peringkat kelayakan di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini.
Beregu Denmark nombor 50 dunia itu menjadi tumpuan minggu lalu selepas mereka mengejutkan beberapa pencabar berpangkat lebih tinggi untuk mara ke final Terbuka Thailand.
Sekalipun gagal melepasi rintangan terakhir, mereka tetap menghargai perlawanan itu.
"Aaron-Wooi Yik benar-benar bagus, mereka adalah antara pasangan terbaik di dunia.
"Suasana akhir juga hebat dengan penyokong bersorak untuk kami, kami sangat menikmatinya," kata gandingan itu kepada Stadium Astro.
Boe-Kjaer, 22 dan 20, masing-masing hanya bermain dalam Jelajah Dunia tahun ini.
Mereka wajar diberi perhatian setelah berlatih di samping beregu nombor satu dunia, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
"Ini semua tentang mendapatkan keyakinan untuk kami.
"Kami berlatih setiap hari di samping Kim-Anders yang merupakan pasangan nombor satu dunia.
"Bermain dalam Jelajah Dunia bermakna kami akan mengharungi banyak perlawanan dan berpeluang untuk meningkat dan membiasakan diri dengan tahap kelajuan," kata mereka.