Dua pemain perseorangan utama wanita negara, Soniia Cheah dan Goh Jin Wei, berjanji untuk bangkit daripada aksi mengecewakan dalam Kejohanan Berpasukan Asia untuk memastikan Malaysia bakal menjadi pencabar kejuaraan dalam saingan Piala Uber nanti.
Menentang Thailand dan Korea Selatan, kredibiliti Soniia sebagai perseorangan utama diuji pemain berkualiti.
Ia merupakan peluang terbaik buat Malaysia apabila Thailand tidak menurunkan bekas juara dunia, Ratchanok Intanon.
Setidak-tidaknya, kegagalan menyumbang mata pertama akan menjadi pengajaran buat Soniia untuk memperbaiki corak permainannya jika mahu beraksi cemerlang dalam Piala Uber nanti.
"Saya tidak berpuas hati dengan persembahan saya di sini. Ia kerana dua perlawanan pertama, lawan tidak begitu kuat dan dua aksi terakhir, lawan adalah daripada kelompok 10 terbaik. Saya katakan ia berbeza.
"Saya percaya aksi di Bangkok nanti, kami boleh menampilkan prestasi lebih baik. Saya percaya saya boleh beraksi baik di sana," kata Soniia.
Sementara itu, Jin Wei turut melaungkan matlamat yang sama dengan berazam mempamerkan persembahan yang lebih mantap selepas gagal untuk menyumbang sebarang mata.
"Saya percaya saya akan dapat pengalaman lebih banyak sebelum ke Bangkok. Saya akan mengambil peluang nanti," katanya.
Dalam perkembangan lain, badan induk badminton benua ini, Badminton Asia, mengukuhkan lagi status skuad wanita untuk membuat penampilan dalam saingan Piala Uber yang bakal berlangsung pada Mei nanti.
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dijangka menambah satu lagi kuota menerusi klasifikasi ranking dunia daripada tiga kepada empat selepas juara bertahan, China, mara ke separuh akhir Kejohanan Berpasukan Asia.
Selepas selesai saingan berpasukan peringkat benua, BWF hujung bulan ini akan mengemaskini senarai 16 pasukan yang akan bertanding bagi saingan di Bangkok, Thailand.
"Ada dua cara untuk melayakkan diri ke pusingan akhir. Pertama, melalui merit di mana pasukan harus berada di kedudukan empat teratas dalam saingan Berpasukan Asia ini, bermakna mereka harus mara ke peringkat separuh akhir.
"Keduanya, adalah menerusi ranking dunia, di mana Malaysia harus menduduki kedudukan sekurang-kurangnya ke-10. China sememangnya sudah layak, jadi mereka mereka tidak diambil kira dalam kejohanan ini (Berpasukan Asia)," kata Ketua Pegawai Operasi Badminton Asia, Kenny Goh.