Skuad lelaki negara menamatkan Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di peringkat separuh akhir apabila tumpas 1-3 kepada China di Alor Setar, Kedah, malam ini.
Dengan merehatkan Datuk Lee Chong Wei, Malaysia menaruh harapan kepada Lee Zii Jia yang turun selaku perseorangan pertama menentang Shi Yuqi.
Sekalipun memberi tentangan sengit sebelum tewas 18-21, Zii Jia seperti tidak berdaya apabila kalah 9-21 dalam set berikutnya.
Begitupun, Malaysia tidak memberi laluan mudah kepada Negara Tembok Besar itu apabila mengimbangi saingan 1-1 menerusi beregu.
Goh V Shem dan Tan Wee Kiong tidak mempunyai masalah untuk menghadiahkan mata pertama buat negara selepas menewaskan He Jiting-Tan Qiang 21-18, 21-12.
Selepas itu, China sekali lagi di depan selepas Soong Joo Ven tewas 17-21, 8-21 berdepan Qiao Bin.
Harapan untuk menyaksikan Malaysia mengikat kedudukan buat kali kedua tidak kesampaian apabila tumpas dalam saingan beregu kedua.
Teo Ee Yi dan Ong Yew Sin, yang pastinya lebih tertekan untuk menghadiahkan mata, tewas di tangan Han Chengkai-Zhou Haodong, 15-21, 13-21 untuk menamatkan cabaran Malaysia.
Malaysia, yang berada dalam kelompok empat terbaik kejohanan, mengesahkan kelayakan ke pusingan akhir Piala Thomas di Bangkok, Thailand pada Mei ini.