Skip to main content

Badminton

Berpasukan Asia: Skuad lelaki Indonesia juara

indonesia11218.jpg
Indonesia membayangkan bahawa mereka bakal menjadi pesaing kuat untuk Piala Thomas apabila muncul pasukan terbaik di rantau Asia selepas menewaskan China 3-1 dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Alor Setar, Kedah, malam ini.

Jonatan Christie, yang turun dalam perlawanan pertama, menerima tentangan sengit Shi Yuqi kerana dipaksa bermain dalam tiga set selama 1 jam 12 minit sebelum melengkapkan kemenangan 16-21, 21-17, 21-18.

Indonesia kemudian berada di kedudukan selesa 2-0 apabila wakil beregunya, Angga Pratama-Mohammad Ahsan, mengatasi He Jiting-Tan Qiang 21-19, 21-18 dalam tempoh 37 minit.

Selepas itu, China mengejar kedudukan 2-1 menerusi Qiao Bin yang mengalahkan Anthony Sinisuka Ginting 21-12, 11-21, 21-14.

Indonesia, yang mahu segera menamatkan saingan, menurunkan Rian Agung Saputro-Hendra Setiawan untuk berdepan Han Chengkai-Zhou Haodong dalam perlawanan ketiga.

Rian-Hendra akhirnya mengesahkan gelaran milik Indonesia dengan keputusan 3-1 hasil kemenangan straight set 21-14, 21-19.

China juga terlepas kejuaraan dalam saingan wanita apabila tumpas kepada Jepun 3-0.

Piala Thomas dan Uber akan diadakan di Bangkok, Thailand dari 20 hingga 27 Mei ini.

Advertisement

Must Watch Video