Skip to main content

Badminton

Berpasukan Asia: Malaysia mara ke separuh akhir

9219lcw.jpg
Skuad badminton lelaki negara layak ke separuh akhir selepas menewaskan Hong Kong dalam saingan Kejohanan Berpasukan Asia di Alor Setar, sebentar tadi.

Pemain nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei, turun sebagai perseorangan pertama berdepan Angus Ng Ka Long dan ternyata Angus bukan tandingan buatnya.

Chong Wei mencatatkan kemenangan 21-15 dalam set pertama sebelum memastikan mata pertama diraih Malaysia dengan kemenangan 22-20 dalam set kedua.

Goh V Shem dan Tan Wee Kiong turut tidak berdepan masalah apabila menundukkan pasangan Hong Kong, Chin Chung Or-Tang Chun Man, 21-11, 21-16.

Mendahului saingan 2-0, Lee Zii Jia turun beraksi bagi memastikan kemenangan Malaysia ketika menghadapi saingan daripada Vincent Wong Wing Ki.

Bintang muda itu mempamerkan persembahan cemerlang apabila memastikan kemenangan 21-16, 21-15 dalam tempoh 40 minit untuk Malaysia menempah slot separuh akhir dan layak ke Piala Thomas secara merit.

Advertisement

Must Watch Video