Masters Malaysia 2025 telah pun sah melabuhkan tirai semalam dengan pencapaian yang sangat membanggakan, khususnya apabila penyokong tanah air meraikan kejayaan “all Malaysian final” antara adik-abang — Man Wei Chong/Tee Kai Wun berdepan Aaron Chia/Soh Wooi Yik yang berpihak kepada pasangan Man/Tee.
Tetapi yang menarik ingin dikongsikan di sini adalah jika kita lihat perjalanan dari awal kejohanan ini, lebih ramai gandingan dalam acara beregu lelaki menampakkan perkembangan positif seperti persembahan yang ditonjolkan juara remaja dunia 2024, Kang Khai Xing-Aaron Tai.
Walaupun perjalanan mereka terhenti dalam pusingan kedua tetapi semangat dan juga keberanian yang ditonjolkan itu memberi harapan dan membuktikan bahawa banyak pelapis yang bersedia menggalas tanggungjawab di pentas tertinggi.
Lebih membanggakan, tiga beregu lelaki negara kini berada dalam 10 ranking dunia iaitu Goh Sze Fei-Nur Izzuuddin (ranking kedua dunia), Aaron Chia-Soh Wooi Yik (ranking ketiga dunia), diikuti juara Maters Malaysia 2025, Man/Tee yang berada di ranking kelapan dunia.
Buat FeiDin pula, walaupun tewas dalam suku akhir, mereka bakal memintas pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Rasmussen, berdasarkan pungutan mata yang lebih banyak selepas Masters Malaysia berakhir.
Ini membuktikan bahawa Malaysia semakin diwarnai dengan pemain beregu lelaki yang dapat memberi saingan di peringkat antarbangsa, sekali gus menyaksikan beregu lelaki negara akan terus menjadi sumber pingat buat kejohanan berprestij.