Skip to main content

Badminton

BAM teruskan misi cari orang lama

hafiz-hashim-130617_1.jpg
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meneruskan pencarian jurulatih baru dalam usaha untuk mengembalikan martabat skuad badminton negara yang kian merudum.

Selepas Datuk Misbun Sidek dan Cheah Soon Kit dilantik oleh BAM, nama bekas pemain perseorangan negara, Muhammad Hafiz Hashim, disebut-sebut bakal menyertai barisan kejurulatihan negara.

Pagi tadi, Hafiz hadir ke Akademi Badminton Malaysia untuk menghadiri temuduga bersama Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost.

Sesi temuduga itu berjalan lancar, sekaligus membayangkan kemungkinan keputusan positif akan dapat dicapai oleh kedua-dua belah pihak.

"Hari ini baru ada pertemuan dengan Morten Frost dan perkara ini masih dalam perbincangan.

"Sebenarnya, saya dah bersedia untuk menjadi jurulatih dan dalam masa sama saya juga menawarkan diri untuk membantu Malaysia dan menjadi jurulatih," ujar Hafiz.

Bagaimanapun, Frost enggan mengulas apabila ditanya mengenai perkara tersebut.

Advertisement

Must Watch Video