Barisan pemain badminton negara diberi masa tiga bulan bagi mempamerkan pencapaian positif selepas aksi kurang memberangsangkan di pentas Sukan Asia Indonesia 2018 sekiranya enggan digugurkan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Skuad badminton negara dikritik hebat selepas gagal membutirkan sebarang pingat dalam Sukan Asia yang berakhir Ahad lalu.
Justeru, kedudukan beberapa pemain negara pastinya tergugat dan mereka diberi tempoh sehingga Disember untuk memperbaiki prestasisekiranya enggan digugurkan daripada BAM.
Ketika ini, tiada sebarang keputusan daripada BAM untuk menggugurkan pemain atau jurulatih selepas selesai mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T), hari ini.
"Kami telah membincangkan perkara ini hari ini. Barisan jurulatih dan pemain-pemain telah dijelaskan mengenai sasaran yang perlu mereka capai.
"Jika tidak, perubahan akan dilakukan kerana kami juga melihat pilihan daripada senarai pemain bawah 23 tahun.
"Kami hanya mahukan pemain yang terbaik beraksi dalam Sukan Olimpik 2020. Pemain-pemain muda masih mempunyai masa untuk melayakkan diri," kata Pengerusi Jawatankuasa C&T, Datuk Ng Chin Chai.
Dalam mesyuarat berkenaan, Chin Chai turut mengumumkan satu jawatan pengarah kejurulatihan akan diwujudkan bagi membantu jurulatih sedia ada dalam aspek pengurusan rangka latihan.
Tanpa mendedahkan nama individu untuk jawatan berkenaan, Chin Chai menegaskan tugas itu akan segera diisi tahun depan sebelum misi dalam saingan Tokyo 2020 bermula.
"Kami akan mendapatkan pengarah kejurulatihan yang mampu mengendalikan seluruh pasukan kebangsaan secara sepenuh masa.
"Kami percaya ia akan meningkatkan kualiti program latihan serta meraih keputusan yang lebih baik dalam acara-acara besar."