Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek, memberi bayangan aspek pemantapan fizikal sebagai penambahbaikan utama dalam persiapan ke Piala Thomas, Mei depan.
Sambil itu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pula mempertahankan keputusan membariskan perseorangan muda dalam kekalahan 3-1 kepada China dalam separuh akhir Kejohanan Berpasukan Asia, semalam.
Lee Zii Jia yang turun sebagai perseorangan utama tampak masih sukar menandingi perseorangan ketiga terbaik China, Shi Yuqi.
Hakikatnya, China hanya menghantar barisan simpanan dalam kejohanan di Alor Setar, Kedah, itu namun masih berupaya melangkah ke pentas final.
BAM berpandangan pemain seperti Zii Jia dan Soong Joo Ven memerlukan pendedahan mencabar seperti itu agar lebih bersedia dalam misi Piala Thomas kelak.
"Yang pertama, kami akan melihat kemampuan pemain perseorangan, siapa yang berada dalam prestasi terbaik dan mampu menyerap tekanan.
"Yang kedua, Goh V Shem-Tan Wee Kiong sudah sampai ke peringkat yang kami inginkan.
"Sebelum ini, rata-rata mengatakan mereka ada masalah komunikasi. Kami melihat keyakinan itu timbul semula.
"Ia kerana kami yakin dan percaya impian kami untuk mendapat Piala Thomas itu mungkin terlalu jauh kerana ada masalah-masalah tertentu.
"Tetapi, kami pesan kepada pemain-pemain, impian ini boleh dicapai," kata Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria.