Iskandar Zulkarnain Zainuddin mencipta kejayaan apabila muncul peserta tunggal negara yang mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka India selepas mengetepikan cabaran pemain tuan rumah, Sameer Verma, dengan kemenangan straight set malam ini.
Di atas kertas, Iskandar bukanlah pilihan untuk mara berdasarkan kedudukan rankingnya di tangga ke-86, sedangkan Sameer berada di kedudukan separuh daripadanya, ditambah pula dengan sokongan padu penyokong sendiri yang memenuhi gelanggang di New Delhi.
Cuma rekod pertemuan pada 2012 yang memihak Iskandar dalam Terbuka Malaysia menjadi azimat buatnya meraih kemenangan dalam pertemuan kedua sejak enam tahun lalu.
Iskandar tetap tenang meskipun menghadapi tentangan sengit Sameer dalam set pertama yang menyaksikan pemain perseorangan negara itu hanya mula meninggalkan lawan, bermula di kedudukan 15-14.
Selepas menawan set pertama 21-17, Iskandar semakin yakin dalam pertarungan berikutnya.
Sejurus terikat 7-7, Iskandar perlahan-lahan meninggalkan Sameer sehingga kedudukan 10-7.
Tanpa menghiraukan gemuruh penyokong, Iskandar terus mengutip mata demi mata dan akhirnya menang 21-14 untuk mara ke separuh akhir.
Menantinya selepas ini adalah pilihan keempat kejohanan, Shi Yuqi dari China.