Pemain badminton remaja kebangsaan dilihat mempunyai peluang baik untuk meningkatkan 'explosive play' setelah mempamerkan aksi bertenaga dalam acara campuran berpasukan dalam Kejohanan Remaja Asia (AJC) di Yogyakarta.

Nada sama turut disuarakan ketua jurulatih remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM), Jeffer Rosobin, yang mempercayai pemainnya mampu bangkit menerusi acara individu.

Skuad remaja negara memenangi gangsa dalam acara beregu campuran selepas tewas 1-3 kepada China dalam saingan separuh akhir.

Ia merupakan pingat pertama negara dalam acara itu selepas meraih gangsa pada edisi Jakarta 2018.

"Saya lihat memang mental perlu lebih kuat dan karakter di dalam gelanggang perlu mempunyai semangat juang yang tinggi.

"Pemain beregu kedua amat bagus kerana boleh memberikan saingan serta untuk perseorangan dalam pasukan ini saya cukup yakin mereka boleh beraksi dengan baik nanti." katanya kepada Nadi Arena.