Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan selamat dengan tidak meletak sasaran tinggi buat semua wakil negara di sebalik ketiadaan beberapa pemain handalan dunia dalam Kejohanan Dunia di Sepanyol yang bermula Ahad ini.
Kejohanan Dunia edisi tahun ini bagaikan hilang seri selepas beberapa pemain ternama mengambil keputusan menarik diri ekoran masih lagi bergelut dengan kecederaan dan antaranya jaguh Jepun, Kento Momota.
Tidak kurang perseorangan lelaki China, Shi Yuqi, yang dilaporkan digantung oleh Persatuan Badminton China.
Barisan Indonesia juga akur tidak menyertai kejohanan ini gara-gara khuatir dengan varian baru, Omicron, selepas mengetepikan Seluruh England.
"Kami mahu tonggak negara buat yang terbaik, main dengan komitmen yang di tahap tertinggi," kata Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh.
Tumpuan juga kepada harapan Malaysia, Lee Zii Jia, yang bakal membuat penampilan keduanya selepas 2019.
Persembahannya kian merosot selepas terutama Piala Thomas dengan dia kini mengharungi kejohanan kesembilan berturut-turut sejak Piala Sudirman pada Oktober lalu.
"Ini perlu dilaluinya. Ini juga peluang terbaik untuknya kerana sebelum ini tidak pernah ada kejohanan berturut-turut. Cuma ketika pandemik (COVID-19) ini sahaja BWF (Persekutuan Badminton Dunia) terpaksa mengadakan kalendar seperti ini.
"Ini satu ujian dan cabaran buatnya," katanya lagi.