Hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum Kejohanan Badminton Berpasukan Asia membuka tirai di Alor Setar, kem badminton negara menerima perkhabaran kurang gembira apabila pemain beregu lelaki, Ong Yew Sin, mengalami kecederaan belakang dan bahu.
Perkara itu disahkan ketua jurulatih beregu lelaki negara, Cheah Soon Kit, yang hanya mengetahui tentang kecederaan Yew Sin minggu lalu sejurus selepas tamat Kejohanan Masters Malaysia.
Situasi ini turut memaksa Yew Sin dan pasangannya, Teo Ee Yi, menarik diri daripada dua kejohanan, iaitu Masters Indonesia, 23 Januari lalu, dan Terbuka India yang sedang berlangsung.
Jika Yew Sin tidak dapat beraksi, kem negara perlu segera mencari pengganti kerana ketika ini sandaran dalam skuad beregu tertumpu kepada Goh V Shem dan Tan Wee Kiong sementara gandingan muda, Goh Sze Fei dan Nur Izzudin Ramsani, masih belum berada pada tahap meyakinkan.
"Masalah kecederaan yang dihadapi oleh Yew Sin ternyata memberikan gangguan kepada strategi yang telah ditetapkan tetapi kami akan membuat sesuatu mengenai perkara ini," kata Soon Kit.