Skuad wanita negara memulakan kempen dengan langkah kanan apabila mengesahkan kemenangan 4-1 ke atas Vietnam dalam Kumpulan Y, Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Alor Setar, Kedah, hari ini.
Pemain perseorangan, Soniia Cheah Su Ya, yang memulakan aksi buat Malaysia, tidak berdepan masalah untuk menewaskan Vu Thi Trang 21-15, 21-17.
"Saya fikir saya dan lawan bermain dengan rentak terbaik kerana ia adalah perlawanan pertama kejohanan.
"Bagaimanapun, saya gembira kerana dapat mengatasi halangan untuk menang perlawanan tersebut," kata Soniia.
Sementara itu, perseorangan kedua, Goh Jin Wei, mudah mengecewakan Nguyen Thuy Linh juga dengan straight set 21-11, 21-15.
"Dalam set pertama, saya kurang dapat menyesuaikan diri dan untuk perlawanan akan datang, saya akan buat lebih baik," kata Jin Wei.
Turut memastikan kemenangan buat Malaysia adalah S. Kisona yang menundukkan Dinh Thi Phuong Hong, 21-17-21-18.
"Dalam set pertama, saya agak gementar kerana mahu menyumbang mata untuk pasukan, saya bermati-matian untuk menang walaupun sukar. Saya ikut bimbingan jurulatih," kata Kisona.
Keputusan lain menyaksikan beregu negara, Chow Mei Kuan dan Goh Yea Ching, menundukkan pasangan lawan, Thi Hoai Do-Dinh Thi, 21-7, 21-18 manakala Vivian Hoo Kah Mun-Janice Woon Khe Wei pula menarik diri untuk memberikan satu mata buat Nguyen Thuy-Vu Thi.
Ia berikutan kecederaan yang dialami Khe Wei ketika perlawanan set pertama berkedudukan 10-10.
Skuad badminton wanita negara seterusnya akan menghadapi Filipan dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan petang esok.