Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Norza Zakaria, mengharapkan rentak yang dipamerkan pemain perseorangan negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, dapat diteruskan menjelang Kejohanan Berpasukan Asia di Alor Setar, Kedah, yang bermula Selasa ini.
Iskandar, yang menempuhi tahun suram sepanjang 2017, perlu membuktikan kemampuannya andai ingin terus menjadi antara sandaran utama bahagian perseorangan.
Persembahan baik dalam saingan Terbuka India yang menyaksikan dia mara ke separuh akhir, memberi bayangan dia masih berupaya untuk dijadikan sandaran.
Dalam Kejohanan Berpasukan Asia itu nanti, dia diletakkan sebagai perseorangan ketiga dan Norza mahu dia menjadi penyumbang mata buat negara.
"Momentum yang dibawa Iskandar sangat membanggakan.
"Sebagaimana yang pernah saya katakan, tahun 2018 adalah tahun untuk dia menunjukkan kebolehannya.
"Kemaraan ke separuh akhir di India adalah keputusan yang sangat baik.
"Kami boleh meletakkan harapan bahawa dia merupakan salah seorang pemain yang mampu menyumbangkan mata," kata Norza selepas menyampaikan amanat kepada skuad kebangsaan yang berlepas ke Alor Setar, hari ini.
Sementara itu, Iskandar dijangka menyertai rakan sepasukannya sejurus pulang dari India, Isnin ini.
Menurut Norza, beliau sekali lagi mengharapkan skuad lelaki dan wanita negara agar menampilkan semangat juang tinggi dalam membawa cabaran Malaysia dalam kejohanan itu nanti.
"Saya mahu mereka menampilkan semangat juang yang baru, semangat juang pemain Malaysia.
"Ia akan mencerminkan pemain Malaysia. Mereka sanggup berjuang sehingga ke mata terakhir. Walaupun ketinggalan, mereka tetap sedaya-upaya untuk mendapatkan mata kemenangan dan apabila mendahului, mereka mengekalkan kekuatan mental untuk terus mendahului," tambah Norza.