Siapa sangka kemaraan Datuk Seri Lee Chong Wei ke pentas akhir final perseorangan lelaki Sukan Olimpik 2016 telah memberi kesan mendalam kepada seorang kanak-kanak yang ketika itu baru menjengah usia empat tahun.
Walaupun legenda negara itu tewas di tangan Lin Dan dari China, ada semangat yang bersisa di hati anak kecil ini.
Lapan tahun kemudian, pemilik nama Rehhan Preman itu muncul juara kategori lelaki Kejohanan Astro Kem Badminton (AKB) 2025 menerusi aksi mendebarkan menentang Shahadzryl Suhaime di Sungai Besi, hari ini.
"Abang saya terlebih dahulu bermain tenis sebelum beralih ke badminton, lalu saya mengikut jejaknya.
"Dia membawa saya mencapai tahap ini, dia sentiasa memberikan sokongan.
"Saya berharap satu hari kelak berkesempatan beraksi dalam Sukan Olimpik," katanya.
Bagi kategori perempuan, juara milik Ko Zhi Ching, tempat kedua milik lau Jay Earl dan tempat ketiga jatuh kepada Liew Xin Yan dan Koh Zaenn.
Jurulatih AKB, Kok Wing Soon, mengharapkan program ini berterusan bagi menjamin usaha untuk mencungkil bakat baru berterusan.
"Kami dapat mengenal pasti beberapa pemain bakat. Semangat juang mereka lebih menonjol berbanding peserta yang lain.
"Dalam masa sama, mereka tunjukkan karakter dan disiplin yang bagus," katanya.
Lapan peserta daripada AKB 2025 bakal menyertai sesi latihan di Thailand sebagai pendedahan tambahan.