Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Badminton

All England Live: Pearly Tan-M Thinaah singkir beregu nombor satu dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pearly-tan-m-thinaah.jpg
Pemain beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah, menunjukkan jalan keluar buat pemain nombor satu dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan, dalam Kejohanan Badminton Seluruh England, sebentar tadi. 

Pearly dan Thinaah tampil dengan disiplin yang cukup tinggi dan memberikan tentangan sengit dalam set pertama perlawanan walaupun beregu dari China itu berjaya menyamakan kedudukan 20-20 selepas ditinggalkan dengan jurang empat mata, tetapi momentum pemain negara memastikan kemenangan 22-20 menjadi milik mereka.

Beralih ke set kedua pula, beregu wanita negara terus tampil membawa cabaran yang mendebarkan dengan meminimumkan dalam melakukan kesilapan untuk meninggalkan lawan dengan mengutip lima mata berturut-turut bagi memperoleh kemenangan 21-16.





Pearly dan Thinaah bakal bertemu pasangan lawan dari Jepun, Rena Miyakura-Ayako Sakuramoto dalam peringkat suku akhir, nanti.

Advertisement

Must Watch Video