Skip to main content

Badminton

All England Live: Kekalahan Soon Huat-Shevon Lai akhiri cabaran beregu campuran di pusingan 16

soon-huat-shevon.jpg
Pemain beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, tersangkut di peringkat 16 Kejohanan Badminton Seluruh England ketika bertemu lawan dari China Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, sebentar tadi.

Gandingan negara itu dilihat cuba memberikan saingan sengit pada awal set pertama kepada lawan yang merupakan pilihan keempat kejohanan tersebut sebelum ditinggalkan jauh dan terus menghukum kesilapan yang dilakukan pasangan negara dengan keputusan akhir 12-21.

Aksi pantas lawan yang terlalu agresif menyukarkan beregu negara untuk mengikut rentak tersebut dalam set kedua perlawanan menyebabkan pasangan negara terpaksa akur dan tewas mudah 5-21 dalam tempoh kurang daripada 30 minit sahaja.


 

Dengan kekalahan tersebut, tiada lagi wakil Malaysia dalam saingan beregu campuran selepas semua tiga wakil beregu campuran negara tewas di Utilita Arena, Birmigham, tadi.

Advertisement

Must Watch Video