Skip to main content

Badminton

All England Live: Kami sangat kecewa, permainan teruk -- Tang jie-Ee Wei

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tangjieeewei.jpg
Beregu  campuran kebangsaan, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, berdepan tugasan untuk terus meningkatkan keyakinan dan konsistensi permainan demi kekal membuktikan status sebagai antara pasangan terbaik dunia. 

Finalis Badminton Akhir Jelajah Dunia BWF itu menerima tamparan hebat selepas tewas mengejut kepada wakil Indonesia yang sedang meningkat naik, Rehan Kusharjanto-Gloria Widjaja, dalam pertembungan rubber set 21-18, 20-22, 11-21 Kejohanan Badminton Seluruh England 2025, malam tadi.

Kekalahan ini menjadi pengajaran buat 'Little Gangsters' untuk kembali menampilkan aksi yang lebih meyakinkan pada pertandingan akan datang.

"Kami sangat kecewa," luah Tang Jie.

 

"Kami akui permainan kami sangat teruk. 

"Mungkin saya akan berehat seketika untuk memperbaiki apa yang patut.

"Persembahan kami tidak berapa bagus sejak Masters Orleans," kata Ee Wei kepada wartawan, Zaki Zainal.

Advertisement

Must Watch Video