Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Badminton

All England Live: Juara bertahan halangan terakhir Aaron-Wooi Yik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron-wooi1-(1).jpg
Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghampiri gelaran pertama Kejohanan Seluruh England selepas mengesahkan kemaraan ke final awal pagi tadi. Mereka yang hanya turun bermain 36 minit bagi menumbambangkan pasangan dari Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan.

Ia menyaksikan pasangan nombor lima dunia itu mengekalkan rekod tanpa kalah ke atas beregu Taiwan berkenaan selepas turut menang semua tiga perlawanan sebelum ini. 

Kejayaan kali ini menyaksikan Aaron dan Wooi Yik mengulangi pencapaian terbaik mereka di kejohanan beprestij yang telah berusia 125 tahun itu selepas turut melangkah ke final pada edisi 2019

Ketika itu mereka terlepas gelaran juara selepas tunduk di tangan beregu berpengalaman Indonesia Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan yang juga merupakan Naib Juara edisi 2023.

Kali ini satu lagi pasangan Indonesia akan menjadi penghalang terakhir Aaron- Wooi Yik  apabila mereka bertemu Fajar Alfian dan Muhammad rian Ardianto yang juga merupakan juara bertahan bagi kejohanan ini pada edisi lepas.

Rekod pertemuan tujuh kali sebelum ini jelas memihak beregu negara apabila mereka menang empat daripadanya. Tidak cukup dengan itu Aaron- Wooi Yik juga tidak pernah melepaskan sebarang set dalam laluan ke final.

Namun berbeza buat seteru mereka iaitu Fajar Alfian-Rian Ardianto yang sudah pun melepaskan satu set ketika aksi pusingan kedua menentang beregu dari Jepun iaitu Akira Koga/Taichi Saito.

Acara final beregu lelaki akan bermula sekitar jam 9.20 malam waktu Malaysia.

Advertisement

Must Watch Video