Skip to main content

Badminton

All England Live: Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tidak berpeluang ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tang-jie-ee-wei.jpg
Pemain beregu campuran negara, Chen Tang jie-Toh Ee Wei, tersingkir dalam pusingan 16 Kejohanan Badminton Seluruh England dalam masa 58 minit apabila tewas berdepan lawan dari Belanda, Robin Tabeling-Selena Piek, sebentar tadi.

Dalam set pertama, pasangan negara dilihat seakan tiada masalah untuk menangkis serangan demi serangan lawan dengan pertahanan yang kemas untuk meraih kemenangan 21-17.

Bagaimanapun, dalam set kedua dilihat lawan yang berada pada kedudukan ke-15 dunia itu menukar rentak permainan dengan lebih agresif walaupun beregu negara cuba memberikan kebangkitan pada penghujung permainan tetapi mereka terpaksa akur menerima kekalahan 19-21.

Dalam set penentuan, Tang Jie-Ee Wei kembali memperkemaskan permainan dengan disiplin yang lebih baik dengan meninggalkan pasukan lawan 14-10, sebelum beregu dari Belanda itu menyamakan kedudukan 14-14 dan terus mendominasi permainan meraih kemenangan 16-21.

Cabaran dua beregu campuran negara tamat di Kejohanan Badminton Seluruh England, selepas pasangan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing turut tewas kepada lawan dari Hong Kong.

Advertisement

Must Watch Video