Skip to main content

Badminton

All England Live: Cabaran Kian Meng-Pei Jing terkandas di pusingan 16

tan-kian-meng-lai-pei-jing.jpg
Beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, terkandas di pusingan 16 selepas ditunjukkan jalan keluar oleh beregu dari Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet, di Utiliti Arena, Birmingham, sebentar tadi.

Pasangan beregu itu bermula dengan baik pada awal set pertama dengan mendahului lawan 4-0 sebelum beregu Hong Kong yang merupakan pilihan kelapan kejohanan itu kembali merapatkan jurang 6-6, lalu terus konsisten mencuri mata demi mata dan mengakhiri set pertama 17-21.


 

Walaupun pasangan negara cuba bangkit dengan memperkemaskan permainan pada babak kedua tetapi lawan yang berada pada kedudukan kelapan dunia itu jelas lebih mendominasi permainan untuk meraih kemenangan 11-21.

Beregu di kedudukan ke-25 dunia itu terpaksa akur selepas perjalanan mereka terhenti di pusingan 16.

Advertisement

Must Watch Video