BADMINTON

All England Live: Ayuh Aaron-Wooi Yik! Naib juara edisi lalu mahu ubah pencapaian

Stadium Astro
Najmi Iman
11/03/2025
09:16 MYT
Sponsor Banner
All England Live: Ayuh Aaron-Wooi Yik! Naib juara edisi lalu mahu ubah pencapaian
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, tekad mengebarkan bendera Jalur Gemilang di bumi Birmingham menjelang Kejohanan Badminton Seluruh England 2025 yang akan bermula petang ini.
Naib juara edisi lalu itu sedia menggalas cabaran sebagai tulang belakang negara bagi membawa pulang trofi berprestij itu.
"Semuanya berjalan lancar dan persiapan kami sememangnya menuju pertandingan ini," kata Aaron Chia di Nadi Arena.
"Kami juga baru tiba daripada Kejohanan Badminton Masters Orleans di Perancis dan selesai menjalani ujian gelanggang," ujar Wooi Yik.
Gandingan beregu kelima dunia itu akan memulakan perlawanan pusingan 32 berdepan wakil Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard, yang dilihat memiliki kelebihan tersendiri selepas pernah menewaskan pasangan nombor 14 dunia dalam Terbuka Malaysia tahun lalu.
"Yang penting, fokus atas diri sendiri untuk buat yang terbaik," tambah Aaron.
"Tekanan sentiasa ada. Bagi kami, ia sangat istimewa buat kami dalam pertandingan besar ini.
"Ia cabaran yang besar buat kami," kata Wooi Yik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video