Skip to main content

Badminton

All England Live: Arif-Roy King tersingkir di tangan beregu China

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arif-junaidi-yap-roy-king.jpg
Beregu lelaki meningkat naik negara, Arif Junaidi-Yap Roy King, kandas dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Seluruh England apabila tumbang di tangan gandingan China, Huang Di-Yang Liu, di Birmingham sebentar tadi.

Turun sebagai beregu bukan pilihan, Arif dan Roy king ketinggalan sejak awal set pertama tetapi sedikit demi sedikit, mereka mengejar kedudukan 16-16 tetapi perlu akur tewas 18-21.

Arif dan Roy King mula mendapatkan keyakinan pada awal set kedua, di mana mereka sentiasa mengejar mata lawan dan sebaik mengikat kedudukan 14-14, mereka tidak lagi memandang ke belakang untuk mencatatkan kemenangan 21-16.

Bagaimanapun, mereka yang mendahului pada pertengahan set penentuan, seakan-akan kehilangan rentak menuju ke penghujung saingan, sekali gus tersingkir dengan kekalahan 17-21 selepas secara keseluruhan bertarung selama sejam dan sembilan minit.


 

Advertisement

Must Watch Video