Skip to main content

Badminton

All England Live: Aaron Chia-Soh Wooi Yik bawa cabaran ke pusingan kedua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron-chia-wooi-yik-20244_1.jpg
Pasangan beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, berjaya melangkah ke pusingan kedua susulan kemenangan ke atas rakan senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dalam saingan Kejohanan Badminton All England, sebentar tadi. 

Ia merupakan pertembungan antara dua wakil negara, dan pasangan yang berada di ranking kelima dunia itu berjaya menoktahkan kemenangan 21-19, 21-17 di Birmingham.

Mereka bakal terus mencari peluang untuk mempamerkan persembahan yang memberangsangkan dalam saingan Super 1000 selepas tewas di suku akhir Terbuka Perancis minggu lalu.

Mereka seterusnya akan berdepan pasangan Chinese Taipei, Chang Ko-chi-Po Li-wei ketika mereka berusaha untuk mendapat tempat di suku akhir.

Advertisement

Must Watch Video